Author: Chinta miraie
•9/05/2009 11:33:00 PM


satu hari cinta & kawan berjalan-jalan dalam sebuah kampung..
tiba-tiba cinta tjatuh dalam telaga..kenapa?
kerana cinta itu buta..lalu kawan pun ikut terjun dalam telaga..kenapa?
kerana kawan akan buat apa sahaja demi cinta!!
didalam telaga cinta hilang..kenapa?
kerana cinta itu halus,,mudah hilang kalau xdijaga..
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..
sedangkan kawan masih lagi tercari-cari dimana cinta & terus menunggu..kenapa??
kerana kawan itu sejati & akan kekal sebagai kawan yang setia..kn??
so,,hargai lah kawan kita selagi terasa ia beerti..
walau kita punya couple,,teman still paling setia..
walau kita punya harta banyak,,teman still paling berharga..
Author: Chinta miraie
•9/05/2009 10:57:00 PM
"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah separuh
memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku
ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas
kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid
berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan
ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir
aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu
kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

#$%&@#$%^

p/s: kasihan..hakhakhak
Author: Chinta miraie
•9/05/2009 10:33:00 PM
Inilah dia rahsia as-Solat, sebagai peringatan kepada yang sudah
mengetahuinya dan sebagai panduan kepada yang belum mengetahuinya:-

1. Niat solat - memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri dengan betul - ketika mati dapat meluaskan tempat kita di
dalam kubur.

3. Takbirratul ihram - sebagai pelita yang menerangi kita di dalam
kubur.

4. Fatihah - sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' - sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal - disediakan minuman air dari telaga al-kautsar ketika di
dalam kubur.

7. Sujud - memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul-mustaqim.

8. Duduk antara 2 sujud - menaung panji-panji Nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 sujud (akhir) - menjadi kenderaan ketika kita di
padang Mahsyar.

10.Tahhiyat akhir - sebagai penjawab soalan yang dikemukakan Munkar &
Nankir di dalam kubur.

11.Selawat keatas Nabi - sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam - memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib - akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Nota: Perkara di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi dan
Nasrani tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Maka direka-cipta
anggapan dan cerita yang begitu seram sekali seperti "Friday the 13th","Black Friday" dsbnya - Adakah anda sedar akan perkara ini!! Begitulah
halusnya dakyah mereka menidakkan kebenaran dan kesucian Islam...

p/s: sekadar menambah ilmu pngetahuan..
Author: Chinta miraie
•4/24/2009 11:52:00 AM



..KALAU POMPUAN KATA KAT LELAKI..

1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!


2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni...nanti i
free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...

7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik balik cepat la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni... mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so.. paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...

p/s: tpulang pd perspektif masing2 utk menilai nye..tp rs2 mcm xbape btl jek..klu nk kwn,,bior le seikhlas nye..jgn la memilih..kerana dia juga seorg insan yg serba kekurangan spt kte jgk..errr,,tp klu nk cr suami,,kne la memilih,,jgn men rembat aje..wakakakaka..
Author: Chinta miraie
•4/20/2009 12:30:00 PM
JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality dan abstrak Intelligent, bijak dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi,jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL

Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif (sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI

Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik

OKTOBER

Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi persekitaran Mudah patah semangat

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa berjaya dalammengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita - cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.

p/s: berdasarkan kajian 25 tahun Dato Fadhilah Kamsah..

Author: Chinta miraie
•4/19/2009 11:01:00 PM



1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
Author: Chinta miraie
•2/19/2009 10:51:00 PM
Cerite brmula dsatu station minyak...

Dstation minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu ari berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak.Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak d pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..

Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..

Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakapomputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..

Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...

Iqbal: ala..ko tolong ler aku..

Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..

Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;

"Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim",

Baru ler pak arab tu paham n trus blah..

p/s: bole pki gk ayt tu kn..ye x..ye x..wakakakaka
Author: Chinta miraie
•2/19/2009 07:46:00 PM
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'- Hadith Sahih Bukhari
~ perkara ni dah jadi dah... depan mata.... walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.

2) Zina bermaharajalela. . 'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..' - Hadith Sahih Muslim
~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.

3) Bermaharajalela alat muzik. 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka '. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah
~ perkara ni dah jadi dah... depan mata..... paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.

4) Menghias masjid & membanggakannya.'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik....

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela.... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani
~ Lu pk la sape....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang da mcm2..

10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie....... macam macam kan ....

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ..... buat tak tahu jek....

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir....

p/s: sekadar pengetahuan dan renungan bersama..email resourses..
Author: Chinta miraie
•2/11/2009 11:44:00 AM

Tanggal 14hb Februari neh,,akn tiba 1 hari yg dinantikan oleh semua pasangan kekasih iaitu Valentine's Day..tp bagi aku,,bkn 14hb jek perlu diagungkan sbgai hari kekasih..hari2 adalah hari kekasih bg aku (cewahh..wakakakakaka) dan aku xakn pernah menyambut nya..dlu ms skola2,,ade la cket2 (maklumla,,cinta beruk..wakakaka) tp ble da phm ape dsebalik valentine's day tu,,aiseyy mengucap pnjg woo..jd,,kpd sesiapa yg ade niat nk smbut,,bc la dlu artikel kt bwh ni yg dipetik dr dahan pokok jambu dpn umah aku..wakakakaka..(yahoo search)

Bagi merungkaikan isu ini,(mcm melodi plak..hehehe) kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya.

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.

Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian. Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical kristian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “ Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular. Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari. Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘ Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja
meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja. Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St.Valentine Church di Buffalo, New York.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam. Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;

Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;

Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada
amalan kami maka ia akan ditolak
.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Author: Chinta miraie
•2/09/2009 10:11:00 PM


seorang perempuan keluar dr rumahnye dan ternampak 3lelaki sdg duduk berhampran rumahnye..perempuan tersebut langsung tidak mengenali 3lelaki td..lalu perempuan td mendekati 3lelaki td dan bertanya..


"saya tidak mengenali pakcik ber3..tapi nmpknye pakcik ber3 ni lapar..meh la masuk ke rumah.. saya masakn sesuatu utk pakcik ber3.."




"boleh juga..tapi,,ade lelaki x dirumah anak.."






"xde sesiapa pun..suami saya dah keluar.."





"kalau cmtu,,kami xbole masuk ke rumah anak..."




pada petang nye..bila si suami pulang ke rumah,,perempuan td pon menceritakan ape yg telah terjadi..kemudia si suami menyuruh si isteri memanggil pakcik ber3 td masuk..si isteri menturuti kata suami nye..perempuan itu keluar dan mjemput pakcik ber3 untuk masuk kerumah..
lalu,,pakcik ber3 td berkata "kami tidak boleh masuk bersama"..perempuan td kehairann lalu bertanya "kenapa pulak"..salah seorg dr pakcik ber3 td mjawab..


dia ni kekayaan..



d
ia ni kejayaan..
saya pula kasih syg
..

"skrg,,kamu tnya la pd suami kamu..siapa diantara kami yg akn masuk kerumah kamu.."perempuan td pon masuk semula ke rumah dan bertanya kpd suami nya..si suami berkata "kalau cmtu,,kita panggil kekayaan masuk,,dia bole mengisi kekayaan dirumah ini"..si isteri kurang setuju dgn jwpn suami nya lalu berkata "kenapa kita xmenjemput sj kejayaan?"..kebetulan dirumah mereka ade adik ipar perempuan td,,dan dia telah mdengar pbualan kakak ipar nye dgn abg nye..lalu dia mencelah "bukan kah lebih baik kte menjemput kasih syg..rumah ini akn penuh dgn kasih syg antara kte"..lalu suami isteri td berfikir sejenak dan mengikut sahaja cdgn nye..si suami seraya berkata "jemputlah kasih syg ke rumah kte"..si isteri tanpa berlengah,,keluar dr rumahnya utk mjemput lelaki kasih syg td..lelaki kasih syg td bgn lalu bjalan menuju kerumah perempuan td..akan tetapi,,lelaki kekayaan dan lelaki kejayaan juga bgn dan menuju sm ke rumah..perempuan td terkejut lalu bertanya "saya hanya menjemput kasih syg,,tp kenapa kamu ber2 ikut sm?" ..lelaki ber3 td menjawab bersama "jika kamu mjemput kejayaan @ kekayaan,,yg 2 lagi akn tggl..akn tetapi kamu telah menjemput kasih syg,,kemana sj dia pergi kami pasti mengekori nye..dimana ada kasih syg,,disitu ade kekayaan dan juga kejayaan.."